Nuffnang

Wednesday, November 12, 2008

Part 2

Dalam masa sebulan seblm aku kawen abg2 aku bg syarat lagi yg aku tak boleh tinggal sorang2 kat umah tu(tp umah tu abg aku no.5 dgn family mmg duk situ)… aku kena duk dgn opah aku yang tak brapa jauh dari umah aku tu….kalau nak balik gak kena ada org yang teman sbb diorg takut aku teringat arwah mak aku klu duduk sorang2….kesian gak dekat pah aku walaupun dah tua dah uzur tp dia gagah gak tolong aku apa yang patut….segala urusan aku handle sendiri sbb abg2 aku smua kerja & duduk jauh…ada gak sesetengah kerja berat2 diorg dah agih tuk diorg buat….dgn cara tu aku leka tak terlalu igt dekat arwah mak aku…tp bila aku tak buat apa2 mesti air mata aku akan mgalir & aku akan kacau abg2 aku bg sms….diorg pun tak tentu arah buat kerja klu dapat sms sedih dari aku….

Tanggal 12/3/2004 aku akan diijab kabulkan dgn huby aku…segala urusan berjalan lancar sbb kebanyakkan barang mak aku dah siapkan upah org buat… selepas selesai urusan perkahwinan aku secara automatiknya tinggal dgn family huby kat taiping…..sejak tu aku tak pernah lg blk tido umah peninggalan org tua aku…kalau blk pun balik hari je lagipun dekat….

Selepas 2 bln aku kawen mak mertua aku dah siap plan suh aku duk KL cari kerja..gila ko masa tu aku dah pegnen 2 bln (sbb aku bunting pelamin hehehe..) dan aku terpaksa berpisah dgn huby aku lak…mmg sedih masa diorg htr aku g KL sbb adik ipar aku dh carikan keje utk aku kat lawyer firm..huby aku pun masa tu takleh nak buat apa so kami pun ikut je la apa yang mak dia suruh….gaji aku masa tu cuma RM650 je, gila la bila pikirkan blk klu skrg cam mana nak hidup kan…tp aku menumpang adik ipar aku dan kami mmg pergi balik kerja sama…sebulan lps tu mak mertua aku nekad suh huby aku resign…dan dalam huby aku tgh cari kerja kt KL ni mak mertua aku la yg byk support…maybe dah rezeki anak yg aku kandung ni huby aku dpt kerja yang masa tu kosmo baru nak ditubuhkan..tp huby aku dpt tahu pun last minit ikutkn pgambilan staff masa tu dah close…tp dah rezeki huby hantar gak dan dpt…..

Kerja aku masa tu blk keje je mesti duduk dlm bilik yang amat kecik leh buat katil single je..dah la aku pegnen mmg takde aktiviti lg…ye la nak kuar segan la kan laki adik ipar aku tgk tv takkan aku nak tgk sama….bila huby dah stabil keje kat kosmo aku cari umah lain utk tinggal tp area2 situ gak…masa pindah tu mmg kosong je umah ye la kami mana ada barang apa2 kecuali baju ….masa tu aku dah 8 bln pegnen dan sehari sblm puasa thn 2004….esoknya aku dgn huby blk ambik mak mertua lak..masa ni semua harta karun yang mak aku taknak dia suh bawa blk KL…bayangkan naik kete dgn barang yang penuh naik kejang kaki aku…huhuhuu betapa sengsaranya baru nak hidup ni kan…tp klu dipikrkan blk aku takde lak rasa tersiksa sgt….maybe huby ada kat sisi so support lg kuat…masa abg aku htr brg kat umah aku dia terkejut gila…dia ckp boleh ke adik dia ni hidup cam tu dgn takde apa….tp takpe adik kecik awk ni kuat semangat semua dah sedia maklum…ye la dari kecik dh diasuh oleh 6 org tentera whahahaaa….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...