Nuffnang

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Jualan Buku Akhir Tahun 2014...


Salam...

Semalam awl pagi dah bangun sbb kul 7.00am danish kena berkumpul di padang training...senang sekali semua pegi kt tmpt perlawanan..bersungguh danish nak tempatkan diri dlm pemilihan tournament kali ni...sampai sabtu tu 2 kali dia g training...bila dpt srnk la dia...tp sedihnya masa training ptg kaki dia terseliuh...

Balik mlm tu nangis-nangis la...2 sbb dia menangis...pertama sakit kedua takut tak dpt main...dia ckp sblm ni tak terpilih, ini dh terpilih tak dpt main kecewa la...ok la rehat malam tu kita tengok esok mcm mana....

Esoknya bgn pagi nangis lagi, sbb kaki masih sakit...tp ajak juga dia g sbb mana tahu kot coach bg juga main sekejap-sekejap...tp sbb semangat membara-bara...dia ckp tak sakit dah...games pertama, 1st half bdk lain jadi keeper...jaring 2 goal..lagipun bdk tu bdk baru...lepas tu coach minta dia masuk...dlm dengkut-dengkut kuat juga semangat dia...jadi keeper ok lagi tak pernah berlari sgt...

Habis games dalam kul 1 tenghari....terus ajak g KLCC...dah janji kena la ayah tunaikan...kali ni ikut kehendak ibu pulak....

Pesta buku dah start khamis lepas lagi..mmg plan nak g ahad...ada novel baru yg dah ada dalam senarai wajib beli...so pegi sana ayah dgn danish tunggu dlm kete...ibu je berlari2 mencari buku yg nak dibeli...tak sampai 30 minit dah selesai...

Ini hasil berlari-lari selama 30 minit tu...ini je mampu beli sbb gaji tak dapt lagi huhuhu....so puasla hati dpt semua novel yg dlm senarai...tp ada 1 lagi dh abis...kena terus beli kt office Idea Kreatif...



Monday, November 19, 2012

Novel..Novel...Novel..


Salam Uolls....

Musim membaca novel skrg ni....aku rasa bukan aku sorang je, ramai lagi org lain kot yg sama hobi dgn aku....kat ofis ni ramai je geng...

So ini la sebabnya blog aku sunyi sepi sesepi sepinya...lama betul tak menulis...otak tepu...otak pikir nak baca citer menarik dlm novel je hehehe...pastu mula la berangan kekeke...en.somi selalu tanya kenapa blog tak berupdate...nak tanya buat apa kalau dah nampak bini membaca je kejenya sepanjang masa ;).....


Koleksi untuk separuh tahun saja...sbb ini gambar aku ambik dah lama....kalau ikut sampai bulan 11 ni ada lebih 100 buah kot....mana tak byk sebulan kadang2 aku beli sampai 4 buah...

Perangai aku ni bila dah start ada hobi baru jadinya hobi lama diketepikan la...sampai dah bosan hobi bernovel ni baru cari hobi lain hehehe...

Sama mcm perangai danish la ibu ni...danish yg sama perangai ibu atau ibu yang sama perangai danish hehehe...bila suka sesuatu tu, itu je la yg dia hadap...nak buat macam mana like mother like son....


Tuesday, June 26, 2012

Popular Knockdown Clearance...


Sesiapa peminat buku tegar sesuai la g sale kt Popular ni....mesti byk buku2 yang murah...jauh la pulak kt USJ nun... kalau dkt lama dah aku terjah g borong Novel hehehe...

Thursday, May 3, 2012

Memborong Novel + Bersih 3.0..


Lepas habis Karate terus bergegas ke KL...mula2 nak naik LRT je..maklum la ptg nanti ada BERSIH cfrm la jem..tp hati berat nak naik LRT...so ajak huby drive gak msk KL...alhamdulillah jln tak jem clear je wpun byk jln msk KL ditutup...tp wpun disekat masih boleh msk.....

Tujuan utamanya adalah nak terjah ke Pesta Buku di PWTC..mmg plan parking kt PWTC terus wpun nak ke tempat lain selepas tu...


Mmg plan nak memborong novel je...benda lain tak tgk pun...punya la serabut kt Pesta buku ni...tak teratur ...mmg pening nak cari booth2 yg nk di terjah...last2 aku borong semua kt Fajar Pakeer je..dpt la disc 20% setiap novel....mmg berbaloi la beli novel2 yang mahal...kat booth karya seni cuma dpt disc RM5 je utk setiap novel....kalau novel murah2 untung la...

Danish bergambar dgn penulis novel Musuhku Suamiku...kebetulan novelis tu ada kt situ..beria bdk2 casher tu pomot suh beli...amik je la...nanti baca tgk best tak buku tu....

Habis memborong htr buku2 ke kereta...lps tu terus naik LRT ke pusat bandar...sampai LRT Sogo kami laki bini berpecah...aku ke Sogo huby ke dataran...ntah apa2 la yg dia nak tgk...suka sgt menyebuk nak join tgk aksi2 org...org lain dah cover takyah sebuk pun takpe....

Aku lak Bersihkan diri di Sogo..mmg heaven sbb Sogo lengang....blh bt mcm Sogo sendiri yg punya kekeke...

Habis jln2 kt Sogo cari hadiah semua bbm huby bgth kami tgu kt LRT ...sekali dh start FRU kacau siap letupkan bom pemedih mata...danish dh cuak takut sampai nangis2...aku dpt tgk live dpn mata sbb lepak kat jejantas LRT tu...mmg jelas la nampak dari jauh keadaan Dataran...punya berterabur org lari..aku tak pikir lain cari muka huby je...nasib nampak huby jln dari dataran..apa lagi menjerit2 danish panggil ayah....

Huby nak naik ke LRT tak boleh...diorg awal2 dh ttup jalan naik...aku dgn danish dh terperangkap....nak naik LRT ke PWTC pun diorg dah stopkan LRT...nak tak nak tgu je la...last2 huby suruh trn sbb sapa2 nak trn pekerja LRT tu akan bukakan gril...nak kuar boleh nak masuk je tak boleh...haremmmmm...

Penat gila kami sbb kena jln kaki dari Sogo ke PWTC...mmg cari nahas..tp sbb ramai mcm pesta tak ada rasa sgt...sepanjang jln penuh dgn org pakai baju kuning....mmg srnk tgk keadaan mcm tu...yg tak seronok bila dh dikacau dgn bom pemedih mata & disiram dgn air..slmt aku tak kena...huby kena la merah2 mata...wpun jauh diorg lontar bom tu tp ttp terkena gak...

Sambil jln nampak group2 yang bt demonstrasi...ni kat Bangunan PAS....tp tak ada la kita join sama...mls la kaki dah penat rasa nak merangkak je....

Bila dh dkt PWTC mmg tak larat nak angkat kaki dh...so huby suh tunggu je kt KFC dia lak g amik kete...masuk je kete rasa macam syurga sgt2....dgn ada aircond & boleh duduk....mmg terasa penat2 semua hilang....


Nak kuar dari KL pun kena pusing2...sbb byk jln diorg block....punya la ramai FRU di merata tempat....so ni pic aku snap dari dlm kete....lepas tu tak tau apa la kesudahannya...

Mmg hari tu hari bersejarah la terjoin sekali dgn BERSIH...huby suka la dpt tgk keadaan mcm mana...aku dgn danish yg merana...cukup la sekali tu je....slmt danish boleh bertahan berjauh jauh gila mcm tu...



Friday, April 27, 2012

Pesta Buku 2012..


Yesss pesta buku dah start ari ni...tak sabar nak g esok...harap2 jln bersih la takde sesak sempena Bersih di Dataran Merdeka...

Semua novel2 nak beli dh siap2 list...so nanti senang terjah mana nak beli je...jom serbu PWTC....aku pun baru pestime nak terjah kekeke...malu lak nak citer...sblm ni tak minat sbb blm mulakan hobi baca novel...hrp2 gak gaji masuk sok..klu tak loan ye Abang ;)....

Tuesday, April 3, 2012

Koleksi Novel Siti Rosmizah..

Salam semua....

Sejak aku baca novel2 ni balik sorang penulis ni aku suka sgt cari penulisan dia....first yang aku baca novel dia berjudul Andai Itu Takdirnya...baca pun mula2 kat blog org je....aku pernah review novel ni kt Sini....Novel ni mmg sedih sgt2...sedu sedan la juga aku nangis time baca....ntah la cara penulisan dia mmg menusuk ke hati...semua org review bgth benda yang sama....mmg syabas kepada Siti Rosmizah kerana berjaya menawan hati pembaca....


Kemudian aku cari lagi novel yg dia tulis....budak ofis ckp semua best2...so bila g kedai buku jumpa dulu novel Lafazkan Kalimah Cintamu...sedih juga...dulu aku tak suka citer sedih2 ni....tp sbb jln citer dia best so aku layan....

SINOPSIS :

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Akhir sekali yang terbaru aku baca Cinta Kau dan Aku...yang ni kelakar sikit...suka sgt sbb nama diorg seakan2 sama...Farish & Farisya....si tomboi yang jadi driver bos dia farish akhirnya diorg berkawin....Farish amik farisya sebagai driver pun sbb dia mmg dah jatuh cinta pandang pertama masa mula2 jumpa....wpun farisya tomboi tp masih nampak kecomelan dia....mmg cute....baca boleh senyum sorang2 hehehehe...

SINOPSIS :

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


So skrg tiga2 ni jadi koleksi kesayangan aku hehehe...bg aku best2 je semua novel yg ditulis oleh Siti Rosmizah ni...lain2 ada juga aku beli novel yang sama penulis dia....tp ada yg ok ada yg ko....tu pendapat aku je..mayb org lain x sama mcm yg aku pikirkan....

Ada satu lagi novel Siti Rosmizah yang aku belum baca...wpun novel tu dh lama aku tak beli2 lagi... aku mls nak beli sbb novel tu tebal gila...aku bab2 tebal ni lemah skt...takut citer dia meleret...tp sbb nak cukupkan koleksi maybe 1 hari nanti aku beli juga....
Ini la dia novel tu...7 Hari Mencintaimu...ramai bgth aku citer ni pun best...tp blm tergamak lagi nak baca sbb kalau baca mau mkn masa sebulan kot baru abis....tunggu bila aku rasa hati makin kuat aku akan beli....atau beli dulu baca nanti2....sayang pulak bila semua dh ada tinggal 1 ni je blm ada lagi....akan diusahakan....

Sapa2 peminat novel mmg disyorkan beli karya penulisan Siti Rosmizah ni...aku pomot takde komisen pun...saja suka...sharing is caring kannnnnn....


Sunday, April 1, 2012

Novel : Love You Mr. Arragont


SINOPSIS - LOVE YOU MR.ARRAGONT (Aliesha Kirana)


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


Khamis ari tu aku cuti...best wooo cuti rehatkan badan...tp seblm tu kena settlekan danish dulu...hantar g sekolah semua....

Dah alang2 cuti nak rehatkan dirikan so sehari suntuk aku baca novel ni....nak tido mata tak rasa ngantuk....fuhhh mmg pestime sejak memulakan blk hobi membaca novel aku boleh abiskan 1 novel dlm masa sehari...syabas betti....pencapaian yang begitu menakjubkan ;)....kagum pulak pada diri sendiri mcm takde keje kan baca novel sepanjang hari...haiiipp aku buat keje umah dulu baru baca novel ok hehehehe...

Citer ni best sbb tu aku tak boleh berhenti baca...lagipun dgn baca novel je la aku blh rehatkan badan & otak...kalau tak badan nak gerak je bt keje umah.....

Baru2 ni google sekali jumpa blog tuan novel ni...so sesiapa nak berkenalan dgn penulis novel ni boleh terjah blog Aliesha Kirana ni ye....

Selamat membaca....




Friday, March 16, 2012

Novel : Dibius Cinta

SINOPSIS - DIBIUS CINTA (Qash Irdina)
"Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula."

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

Baru habis baca buku ni...g holiday pun hangkut novel...dlm kete pun baca...akhirnya habis juga...jalan citer best mcm biasa kisah perkahwinan pilihan keluarga...tp ada kelainan skt dari citer biasa....aku suka watak Cazlin Amalina...unik pula nama dia mula dgn huruf C...biasa Shazlin kan...mula2 mcm slow skt lama2 makin best.... 

Sapa nak baca tp malas nak beli lagi boleh baca di Penulisan2u ni dulu.... 

Wednesday, March 7, 2012

Novel : Tuan Rumah Pembantu Rumah


 SINOPSIS - TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH (Orkid  Edyliyne)

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

Mula2 igt novel ni lbh kurang mcm novel Maid...tp bila dah baca separuh di Penulisan2u baru tahu jalan citer dia 100% lain hehehe... 

Jln citer mengisahkan seorng perempuan yg begitu fanatik sgt dgn group Kpop..kebetulan tuan umah mirip penyanyi korea...nampak sgt penulis ni mmg peminat giler kpop...kalau tidak jenuh juga dia nak study pasal group Kpop....sapa peminat penyanyi Korea mmg sesuai baca novel ni...sbb korang mesti kenal nama2 penyanyi korea yang disebut...aku tak minat citer / group korea ni so sekor pun aku tak kenal hehehehe....





Monday, March 5, 2012

Novel : Andai Itu Takdirnya..


 SINOPSIS : ANDAI ITU TAKDIRNYA (Siti Rosmizah)

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

Boleh baca di SINI utk beberapa episod...

Citer yang paling aku suka...walaupun citer sedih tp amat menarik...maybe juga sbb cara penulisan yg cantik dan jalan citer yang menarik...delima seorang isteri yang mendapat suami yang terlalu ego... si isteri yang cukup tabah menghadapi dugaan hidup...sesiapa belum baca g la cari..mmg tak rugi ....

Wednesday, February 15, 2012

Novel : Cantiknya Si Comot..



Sinopsis - Cantiknya Si Comot (Miazal Zahra)

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."


Citer ni best sgt sbb lokasinya di Cameron Highland....aku mmg suka Cameron Highland...so sambil baca sambil menghayati lokasi yg sungguh nyaman & sejuk....i like sgt2...tambah2 citer romantik2 ni...
Cer baca dulu kisah serba sedikit citer ni di Penulisan2u....

Tuesday, February 7, 2012

Novel : Pabila Cinta Memanggilku


Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”

Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"

Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti...”
Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?

Mcm biasa habis baca dekat Penulisan2u terus berdesup g cari kat kedai...bg aku best sgt citer ni..ada usik mengusik..lawak...romantik...masalah keluarga....sama rata x membosankan...

Saturday, February 4, 2012

Tengah Mengilakan Novel...


Sejak gilakan novel ni keje aku asyik melawat kedai buku je...pantang nampak kedai buku compom singgah...terutama Popular...2 kedai Popular yg aku suka g dlm jusco Equine & jusco balakong....

  
Gila ok kalau masuk kedai buku tgk novel2 yang baru...aku ni kalau dah start suka ssh nak stop...tiap kali singgah cfrm akan beli sekurang2nya satu...danish pun dah bosan melayan kerenah ibu dia ni....sampaikan dia kira brapa novel yg ibu dah ada kt umah....setiap kali ada yg sama dia bising ckp tu ibu dah ada..eleh sebuk je...

 Antara novel terbaru yang ada di Popular...suka g Popular leh dpt disc 10% sbb dah jadi ahli..... 

Pegi mana2 sekarang ni wajib bawa novel...takde la bosan sangat...tambah2 time menunggu danish main games...adalah benda yang aku boleh buat...main la games lama2 pun ibu tak kisah kekeke....

Friday, February 3, 2012

Novel : Bila Hati Kata Sayang..


Sinopsis : Bila Hati Kata Sayang (Marissa)


Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."

"Kalau dekat kenapa?"

"Saya cium awak!"

"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.

"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"

"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.

"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang

Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.  


Boleh juga nak baca di Penulisan2u dulu...

Thursday, February 2, 2012

Novel : Usai...Aku Terima Nikahnya...



Sinopsis - Usai..Aku Terima Nikahnya (Umie Nadzimah)

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

Boleh juga dibaca separuh di Penulisan2u....



Tuesday, January 31, 2012

Novel : Cinta Kontrak...


Sinopsis-Cinta Kontrak ( NURULAIN SYUHADA)

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Start baca novel ni kat Penulisan2U la aku mula jatuh cinta dgn novel2 ni....kebanyakkan mmg baca dulu kt Penulisan2u kalau best baru beli novel....aku suka buat koleksi...

Sunday, January 29, 2012

Novel : Suami Yang Kubenci...

Novel2 yang aku dah baca & bagi aku adalah best...so meh kira share sama...


Sinopsis-Suami Yang Kubenci (Eman Sufi)

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Boleh juga baca kat Penulisan2U...tp bukan la full version...nak baca sampai habis sila la beli novel tu ye..

Sunday, January 15, 2012

Novel..

Salam hari ahad...

Hari utk rehatkan dirikan..tp aku sama je penat bt keje umah & ptg jab g kena htr danish g kelas Karate lak...jadi ibu ini la nasibnya hehehe...mengenang nasib sekejap...

Ok jom citer benda srnk2 lak...srnk ke membaca...baca buku fakta2 atau membina ni mmg mcm mls skt...itu aku la yg jenis mls membaca...tp cer bg novel tangkap cintan laju je aku baca...tu pun kalau citer tak meleret2 la...kalau meleret2 aku skip trus baca bahagian belakang...

Zaman baca2 novel ni time aku sekolah menengah dulu....lps tu abis form 5 study kat kolej terus stop....ikut musim gak kot..dulu penulis yg aku suka Ahadiat Akasyah...like sgt2...selalunya beli buku satu sorang dgn cousin lain2 judul nanti kami tukar baca....sweet memory...

Skrg bila byk novel dah difilem & didramakan...mula balik hobi & minat aku utk baca novel....buat permulaan baru ada x sampai 10 buah buku..tu pun baru brapa bulan je menjinakkan diri membeli novel...novel lama2 ntah kemana menghilangkn diri pun x tau...

Kebanyakkan buku yang aku tau melalui Penulisan2u....byk penerbit2 yg publishkan novel2 dekat website ni...mana yg baru2 tgh panas mmg susah nak dpt dipasaran...sbb cpt sgt habisnya...sblm ni merata2 aku cari...cthnya Novel Usai..Aku Terima Nikahnya...penat mencari tak jumpa...last2 order on9 je...mudah & tak memenatkan...minyak kete pun x abis hehe...harga pun murah skt banding kedai buku...posting pun free...i likeeeee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...