Nuffnang

Tuesday, January 31, 2012

Novel : Cinta Kontrak...


Sinopsis-Cinta Kontrak ( NURULAIN SYUHADA)

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Start baca novel ni kat Penulisan2U la aku mula jatuh cinta dgn novel2 ni....kebanyakkan mmg baca dulu kt Penulisan2u kalau best baru beli novel....aku suka buat koleksi...

Monday, January 30, 2012

Mee Udang...

Smlm disebabkan dah malas nak mkn nasi so kena la masak benda lain selain nasi...so skrg kena diet nasi utk kurangkan kegemukan hehehe...tp masalahnya si danish ttp nak nasi gak...tp nasi goreng..karang dia tak mkn langsung kecian gak...so nasi khas utk danish je...

So sbb seminggu lps huby ada rekues nak mkn mee udang so smlm aku terlintas la nak bt...ada gak idea nak masak benda lain....so mee udang la kami smlm....

Setelah bertungkus lumus pagi smlm siap la mee udang ni....nampk mcm ok..nak mkn dulu x berapa berani...so tunggu huby jadi perasmi dia...tunggu putera raja tu bgn berkurun la...slmt masih blh thn lapar..aku jenis dh mls gerun nak cuba dulu...tambah2 benda yg jarang masak ni....biar org rasa dulu...klu tak sedap aku takyah mkn kekekke...

Buat kali ke-2 ni aku ikut resepi google. je..agak berjaya sbb huby ckp marbeles...ye ke atau nak amik ati aku je...tu pun ckp masa aku dlm bilik air..mcm tak ikhlas je nak memuji...

next time masak lagi mee udang boleh guna resepi ni...senang dan cepat...next time tu tak tau la bila lagi hehehe...tunggu ada rekues baru buat kot....


Tarik @ J.Co Donut...

Biasa kami tarik kt mapley je...tp ari tu nak ubah selera lak...aku tiba2 teringin nak mkn manis2...tkdenya mengidam sbb pegnen..tp mengidam tgh2 bulan mengambang hehehe...perempuan mmg gitu kan...

Beli donut 4 ketul..tp 2 dah masuk perut danish & ibu...dah tinggal 2 baru huby rajin nak snap...takpe la 2 je jadi modelnya...takde kalerful pun...sbb ibu & danish cuma mkn yg berunsurkan coklat saja....

Selalu beli tapau je...mana nak tau kalau minum situ dpt donut free....bazir lak beli 4 kekeke...last2 x abis mkn sbb dah jadi 6 ketul....huby taknak so anak dgn ibu je kena abiskan...tp hot coklat dia mmg sedap....next time leh melepak lagi minum hot coklat....kalau mapley takde hot coklat cuma ada teh tarik je kekeke....

 Tgk danish makan...menikmati btl rupa dia....ibu lak mcm jakun je tgk lukisan kt dinding...

   
Suka gambar couple naik vespa ni...so apa lagi mula la mengedik suh huby snapkan pic...mls org tua tu nak melayan perangai pelik bini dia ni....tp btl apa cute sgt.....
Itu je la nak citer ari isnin ni....biasa la monday blues...tgh amik mood nak bt keje...adiossss...dah2 g bt keje skrg...

Sunday, January 29, 2012

Novel : Suami Yang Kubenci...

Novel2 yang aku dah baca & bagi aku adalah best...so meh kira share sama...


Sinopsis-Suami Yang Kubenci (Eman Sufi)

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Boleh juga baca kat Penulisan2U...tp bukan la full version...nak baca sampai habis sila la beli novel tu ye..

Petrosains KLCC...

Smlm mcm biasa hari bersama keluarga...sabtu je la kami boleh berjimba sekeluarga....sbb ahad huby keje...biasa la keje mcm dia mana tentu masa...so sabtu mmg wajib bawa danish jln2...kalau tak moncong la dia sepanjang hari...pagi2 bgn tido dah tanya "kita nak g mana ari ni ibu".....

Ayah bgn je terus dia usulkan rancangan dia nak g mana....dia ajak g KLCC....dr ari tu ajak g KLCC...bt apa ntah...dah sampai KLCC tak tau nak bt...last2 naik atas sekali masuk Petrosains...tak plan pun...tp danish mmg minat sains...so ok la tmpt dia suka...

Dah berkurun Petrosains ni ada kt KLCC....tak terlintas pun nak pegi...rupanya masuk & keluar kena naik gondola...ok gak best......slow je sambil2 tu ada penerangan apa yg dipamerkan.... 




Banyak juga aktiviti & mainan dlm ni..berbaloi juga la masuk...banding Pusat Sains Negara sini lagi best kot...


Aktiviti yang aku buat...sbb mencanting ni aku suka...hasil kerastangan aku mencanting batik diabadikan dlm gambar....ntah apa2 je rupanya hehehe...


 Ilusi optik saja..penat danish ambil kete tu tak dpt...

 Apa kaitnya sains dgn filem org minyak...pelik gak...(ini namanya aku dh mls nak citer..bt caption je la)...

Atas pelantar minyak....

Kereta F1 mmg tak boleh lari la dgn Petronas...dah Petronas penaja utama dia..so harus la dipamerkan disitu... 

Dinasour pun ada...so pegi la Petrosains kalau nak tgk dinasour...

Poyo je aku citerkan...mcm org lain xpernah pegi...aku citer ni bg info pada sesiapa yg tak pernah pegi lagi la ye...sapa dah pegi mesti dh tau apa ada dalam tu hehehe...kalau weekend tak tau nak g mana sesuai la bawa anak2 g sini......






Saturday, January 28, 2012

Card File..

Salam kawan2 blogger...Selamat hari sabtu...

Disebabkan bos besar tak bgn lagi so kami x tau nak keluar g mana ari ni...seblm tu boleh update blog dulu...nak citer hobi danish lak...dah lama hobi ni skrg pun makin slow lps dia minat dgn gasing beyblade....
Hobi dia yang satu ni mengumpul kad....bukan kad atm ke apa...tp kad games...kalau g jusco cfrm dia heret kitaorg g main games dulu...kecik2 dah terorkan nak main games...habis la besar nanti....sekali main cfrm nak 3-4 round...so standby la bg dia rm15....tu sekali g...kalau seminggu 3-4 kali pegi mmg parah...

Kad dia dah terlalu banyak...sebelum ni beli tempat letak name card je...tp x muat dah...so tgk bdk2 cina selalu bg album kad yang mcm kt atas ni mcm ctk...tanya diorg ckp beli kt psr mlm...psr mlm mana ntah mls nak cari...sekali g kedai2 kecik dlm jusco tanya selamat ada...tp tinggal 1 je...mmg bertuah la danish...yg tak bertuah ibu la kena byr...mahal gak album kad ni...


Beria2 menyusun...tak sempat nak tunggu balik....biasa la danish mmg gitu...tak menyabar....

So lps ni takde la bersepah lagi....tp masalahnya dia still bising ckp tak muat nak letak semua...adoii takkan nak beli lagi satu....aku ajar dia letak berlapis dia ckp x cantik...suka ati la...cerewet sgt pun ssh gak....danish danish penat nak layan....

Friday, January 27, 2012

Monthly Checkup@Pusrawi...

Smlm kena amik halfday sbb nak g Hosp. Pusrawi...tiap bulan kena ulang alik ke sana....bosan dah la...bila la nak abis semua ni....kalau monthly checkup sbb pegnen ok gak...

Tiap kali pegi kena timbang berat dgn amik tekanan darah...yang tertekannya tiap kali timbang mesti berat naik...adoiiii la...sakit jiwa aku....smlm timbang dah naik 2kg...sebulan 2kg...kalau lagi 4 bulan...huby gelakkan aku...Doc. Fazilah pulak ckp tu tandanya kesihatan makin bagus...bg aku lak tak bgs je sbb badan yg naik ;(....

Sejak dari mula sakit huby mesti teman...danish ikut keadaan...kalau cuti baru dia ikut...selamat huby masih sudi menemaniku kekeke....


Bosan punya pasal mula la main snap menyenap...danish ni suka main2....igt ctk ke bt hidung kembang mcm tu...menyampah aku....

Kalau takde bt x-ray atau ujian darah jumpa Doc. sekejap je...lama menunggu sbb dtg time org lunch hehehe...so terpaksa la menunggu...dh time appointment pun 2-4pm je...

Lepas jumpa Doc. baru rasa lapar...sblm tu taknak mkn sbb takut timbang berat makin bertambah...keji btl pemikiran aku kan....kalau dah berat ttp berat gak...

Huby ajak g Johnny's...I likeeee....I follow....mencekik la sampai senak perut....danish lak x brapa suka mkn kt Johnny's sbb dia pernah melecur mulut mkn meatball....dh panas2 mkn mmg la mengelupur...so dia cuma mkn chicken wing je....

Lps settle kt jusco balakong terus zasss ke jusco equine...smlm kiranya hari melawat jusco la hehehe...slmt 2 jusco tu je ada berdekatan umah...kalau lagi byk lagi la haru....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...