Nuffnang

Saturday, July 31, 2010

Nasi Lemak Buah Bidara...

Buah bidara ni mcm mana ye rupanya...cuma tahu ckp je rupanya tak tahu mcm mana hehe.....ada ke tak wujudnya buah bidara ni....

Mcm biasa huby aku suka mkn nasi lemak...tp selalu membebel kalau beli luar ckp tak sedap....so kena la isterinya yg memahami ni masak sendiri...walaupun tak sesedap mana...tp boleh la sbb kalau masak sendiri bahan semua secukup rasa hehe.....

Disebabkan aku mc ari tu aku buatkan la...cian org teringin nak mkn kan....danish pun suka klu ibu dia mskkan nasi lemak...bertambah2 makan...sama naik je anak dgn ayah....bayangkan kalu nasi lemak mesti aku masak 4 pot...cfrm licin hehehe....

Friday, July 30, 2010

Produk Kuruskan Badan...

N3 ini bukan iklan jual produk perlangsingan ye..saje je aku dgr org ckp produk ni elok....so skrg tgh serbey2 tgk ok tak.. ada sapa2 pernah minum tak....kalau pernah boleh la share kesahihan produk ni......tgh berusaha nak kurus ni....mengharapkan diet sendiri mcm tak jalan je...

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Beliau lebih dikenali dengan penggilan 'Doktor Sukan'. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.



Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.


2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.



3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.



4. Berapakah sukatan yang diperlukan?


Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.



5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?
RxLite tidak sesuai bagi:
  1. kanak-kanak di bawah 12 tahun,
  2. ibu mengandung,
  3. mereka yang mempunyai sejarah sawan
  4. mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
  5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

Thursday, July 29, 2010

Saya Sudah Dibanci....Anda?...

Agak poyos skit tajuk arini...mcm skima kan hehe....rumah aku dah dibanci 2 hari lps...ada sikit cite yg melucukan....mcm tragedi buah apple gitu.....mana taknya dah la aku bg soalan bodoh kt MIL siap kena gelak....nampak sgt aku tak ikuti perkembangan pasal banci membanci ni....sebab aku tak tahu yg banci ni 10 thn sekali rupanya hehehe....

Satu lg kisah pasal budak pembanci tu...dah la muka kecian....aku tgk pun mcm sedih je.....diorg ni sukarela ke dpt elaun ek...kalau dpt elaun aku takde la kecian sgt...boleh lak dia dtg 2 hari berturut umah aku....sehari sblm tu dah siap ambil maklumat semua..slmt huby cuti takde la masalah...

smlm dtg lg org yg sama pula tu.... tgh2 aku basuh pingan dia jenguk kt pagar...terkezut makcik....slmt smlm pakai senonoh skt...kalau tak agak2 sapa yg pitam hehehe....

Dgn muka selmbar ckp dtg nak banci...aku ckp la dah banci smlm...dia minta tunjukkan kad kuning yg dia bg...mmg salah huby gak la sbb tak lekat kt pintu...tp pelik lak dia takde senarai umah mana dah banci dgn belum....slmt aku jumpa kad kuning ni....kalau tak naya lak kena menjawab......trs aku lekat kat pintu...lps tu boleh lak dia igt "oooo ini rumah wartawan tu kan" ......hehe kelakar la budak tu.....mesti penat meround umah org...

Wednesday, July 28, 2010

Nur Kasih The Movie....

Tak sabar nak tgk NKTM....So meh kita layan pic2 dulu....Credit forum cari...






Tuesday, July 27, 2010

Bila Dapat Tempahan...

Kalau ada tempahan mmg sabtu atau ahad aku akan bz....mana tak bz dari pagi sampai petang aku akan bertapa kat dapur...minggu ni aku bz buat tempahan dari SIL tuk birthday anak dia....tempahan yg aku maksudkan adalah Popia....Itu je kemahiran yg aku ada leh dibuat jual hehehe...

Selalupun budak ofis atau sedara mara je yg suh buat...tp ikut mood rajin gak nak buat ni....Kalau penyakit M dtg sorry aku nak buat...macam mana nak business kan kalau pemalas mcm aku ni....buat utk main2 boleh la.....

Yang aku mls nak buat kulit popia ni...penat nak berdiri lama2 duduk depan dapur...panas tau kebas jari2 aku bila melayang atas kuali leper.....tp nak tak nak kena la buat bila org tempah.....tu semua ada la dlm 200 keping kot...so ini bermakna 200 kali aku kena layang tgn kt atas kuali....korang bayangkan mau tak masak daging tgn aku hehehe...kalau kulit popia yg ready made senang la sikit....inti pun takde masalah nak buat tumis je....

Sekali sekala boleh la...kalau hari2 kasar la tgn aku hehe...perasan je tgn haluskan...sebenarnya mmg dah semula jadi kasar hehe....

Monday, July 26, 2010

Padah Bila Buat Koleksi....

Mgg mencari nahas beli tupperware tp tak guna...ni la rupanya bila kuarkan dari almari yg dah tonggang langgang susun aturnya......mana tak nya dah guna letak je bersepah2..... beli still beli lagi pantang org tunjuk katalog tupperware baru hehehe.......sampaikan tak muat nak masuk dlm kichen kabinet tu........

Smlm terrrajin sikit punggah semua tupperware tu....susun balik...mana yg kecik masuk dlm tupperware yang besar...so jimat space.....yang sayangnya Cik Li dah bermaharajalela jadi raja dlm KC aku....tension tau umah aku byk gila Cik Li ni...ada sapa2 yang ada petua nak halau Cik Li ni tak....hangin tau abis mahal2 aku beli tupperware tu dia gigit2......

Hasil setelah disusun rapi...nampak mcm ada ruang lagikan...ok2 tutup mata jgn beli dah...nanti KC tak muat aku gak yg penin.....tp aku ni tak tahan sikit godaan....org ckp lawa nanti aku beli gak hehehe.....gunanya tak tahu bila....buat playground utk Cik Li je...

Birthday Party....

Smlm kitaorg kena pergi seremban 2 umah SIL...dia buat bday party utk 2 org anak dia sekali gus....senangkan takyah bt byk kali....tu slmt mmg anak 2 org...ce kalau anak 4-5 org bt sekali gus...mau kecoh di buatnya....

Kaler tema utk birthday ni merah biru....beria2 skrg birthday pun dah ada tema2 kaler ni...so sebab nak ikut tema kena la g jusco sabtu tu cari baju kaler merah....anak dgn ayah takde masalah diaorg byk baju kaler merah...ibunya ni yg jenuh nak kena cari...bukan takde baju lama kaler merah tp nak cari yg elok sikit la...yg ada semua body fit yg agak tak senonoh nak pakai sbb sedar diri dh byk spare tyre hehehe....

Kek untuk bday boy & girl....tp kureng la skt rasa kek macam ni....maybe sbb nak buat aising keras tu jadi kek dia pun kena buat keras skt kot....nak potong pun punya la payah...tp ctk la kan rupa dia...

Birthday girl dgn kawan2 sekolah dia.....

Birthday boy ni lak pelik...dalam otai2 dia leh lak takut dgn lilin tu hehe...terpaksa la papa dia sekali tlg tiupkan...

Budak ni pun sebuk nak inteprem sekali....takpe bln 12 nanti ibu buat birthday danish lak ye...

Abis potong kek semua...bermula la pula main pistol air....slmt umah ada kawasan lapang so takde la banjir dlm umah....si gemuk depan tu la yg mengetuai hehe...nampak sgt otai dia...

Selesai main tukar baju semua kita buka hadiah pula....byk la hadiah sebab 2 orgkan....danish terkebil2 je tgk sepupu dia dpt byk hadiah...keciannnn....

Oooo lupa lak nak bgth...menu smlm ialah nasi arab...punya la byk lebih nasi dia...ntah brapa byk yg SIL aku order...org takde la ramai sgt...last2nya semua bungkus bw blk....tp nasi je la yang byk...lauknya yilek tak tahu mmg restoran tu bg nasi byk ke atau mmg lauk yg sikit......sebelah petang la party buah-buahan hehe...byk oo ipar SIL bawa dari kpg...semua buah-buahan ada....siap leh bungkus bwk blk lagi....

Saturday, July 24, 2010

Kena Paksa Rela...

Skrg ni kaki aku selalu sakit...ini akibatnya kalau berat bdn dah naik sgt2.....sakit woo kaki sbb takleh nak tampung berat badan....

Malam2 budak ni la jadi mangsa aku.....kena urut kaki aku hehehe....ini namanya paksa rela....

Tapi sbb kena paksa rela korang tgk la sambil pegang kaki aku sambil mata tgk TV....Ini pun jenuh tau....aku gerak2 kaki baru la dia picit...pastu stop aku gerak lagi baru picit lagi....last aku yg mls nak layan...ko layan la TV tu sudah takyah urut kaki ibu dah.....

Friday, July 23, 2010

Jezamine and Harith Iskander's Wedding Photos..

Sambil2 buat keje buka IE tiba2 ternampak pic Harith Iskander masa wedding dia...pelik gak dia dah kawen ek..aku je ke yg tak tahu...wife dia org ckp chinese tp tak nampak pun mcm muka chinese kan.....mix la kot....


GCB- Great Chicken Burger...

Limited time so kena g serbu cepat...boleh masuk peraduan bg nama utk huruf GCB tu....

Mmg marbeles la burger dia...aku kan mmg pencinta burger...so mmg takkan lps la....terpaksa la redha gemuk pun sebab burger ni limited time so kena mkn sepuas2nya sebelum habis....

Thursday, July 22, 2010

Nur Bukit Unggul....

Cite ni dah basi sebenarnya... .sbb tak best sgt so lambat la aku buat n3 ni....ofis aku biasanya ada buat firday session setiap hujung bulan utk bos update status financial & apa2 yg patut la kepada staff...

Tp baru2 ni konon2 nak buat lain dari biasa...so dari friday session jadi saturday session...sbb dah saturday kitaorg buat kt luar...

Kali ni management decide baut dekat Nur Bukit Unggul yang terletak dia Dengkil....agak ceruk la juga tempatnya ye la tempat kem bina semangat .....

Baru sampai harus la gedik bergambar sebelum berpeluh2 hehe...masa ni menten lagi sbb mekap belum cair....danish je aku tgk dah serabai....

Pagi adalah sesi taklimat untuk staff..manakala kanak2 pula diakan pertandingan mewarna....tp ni la time yg boring sbb kena dgr benda yg sama...tp yg best ada berita gembira utk bulan ni...so kepada staff enc yg tak dtg tunggu payslip ye hehehe...

Petangnya pula diadakan aktiviti mini family day...ada la sukaneka semua...tp tak tahannya buat kul 2.30 punya la panas ..berpeluh2 jgn ckp la.....igtkan dpt la naik flying fox ke best la sikit...

Permainan utk kanak2 pun ada....

Danish pun join...tp masuk bt syarat nak ramaikan org je la...nak masukkan air dlm botol pun tak reti..ntah2 setitik pun x masuk hehe...

Next time buat la kt pantai lak baru best....Boleh mandi laut sekali....

Wednesday, July 21, 2010

Pink Kalerrrr...

Comelnya...
aku dah tertawan...
Agak2 boleh tak dpt kete comel ni gantikan kete kecil aku tu....

Lagi-Lagi Pasal Makan...

Mana nak kurus kalau ko mkn benda ni je...
nanti gemuk bising....waaa nak kurus.....
ok stop mkn fast food semua...boleh?...
boleh usaha tangga kejayaan....

Tapi tiba2 teringat burger mcd baru...
haruskah aku pegi mkn utk kali terakhir?....

Tuesday, July 20, 2010

Misi Mencari Hadiah....

Walaupun smlm bday aku tapi misi tu bukan utk hadiah aku huhu....Misi utama adalah mencari hadih utk bonda tersayang...bday kami sama bulan....parah huby aku bulan ni sbb 4 org bday sama bulan 7 .....

Semalam dah alang2 huby cuti so blk keje terus ke Jusco....of koz la jusco aku kan duta jusco hehe....abis tu klu dh tiap2 minggu pegi semua pelusuk jusco aku dh tahu....

Punya la penin nak cari hadiah apa utk MIL...semua benda dia dah ada...kami pun dh selalu sgt la beli hbag baju bajan segala....

Last sekali ternampak kasut sbb brand ni mmg MIL selalu beli so senang nak tahu saiz...aku rasa crocodile je ada saiz 4 yg senang nak dpt....so lastnya dpt la jumpa kasut yg aku rasa vouge utk MIL hehehe...utk budak2 2 org tu senang nak cari belikan je mainan....
Untuk aku lak adakah ini hadiah yg huby belikan...hehehe takde la ni sampingan je tiba2 nampak sandle yg sesuai untuk di belasah harian...takde kena mengena dgn hadiah...tp aku dah serbey hadiah ni lama...tunggu masa je nak beli....huby aku bkn jenis suprise2 nak belikan...dia suh aku cari apa yg berkenan nanti dia byrkan je....
Aku takde la minta yg bukan2.....Ini je yg aku nak....tak sampai hati nak minta yg pelik2 & mahal2 dkt huby...kalau ikutkan mmg nak minta MYVi kaler pink hehe....tp tu nanti la kot maybe bday aku yg ke 30 ke kan kan abang ;)....perfume tu aku minat sbb dpt free jam...TQ ye Abang belikan hadiah tu.....Love you so much....

Monday, July 19, 2010

Bertambah Umo Lagi....

Hari ni bertambah satu angka lagi umo aku.....makin tua...hampir menganjak ke angka 3...takut gak bila pikir makin tu....tp semua tu lumrah la kan...mana ada org bertambah muda.....

Semlm blk dari tresure hunt huby call ajak kuar...dah mlm dah baru huby sampai...ikutkan mls nak kuar...tp huby dah janji nak belikan danish mainan....konon2 nak pujuk la sbb cuti tp takde kat umah....habis settle pasal danish ayah dia settlekan ibunya pula hehe...kelakar lak bila ayah danish ckp mcm tu.....

Dia nak bawa g mkn konon nak celebrate bday aku la kan....punya la rahsia nak mkn kt mana.....dah la jauh sampai ke kelana jaya...bila tanya dia ckp rahsia....rupanya kedai western yg huby pernah cite sebelum ni...walaupun kedainya tepi2 jln tapi penuh gila org...kedai tu huby ckp nama "William"....betul ke tak ntah la takde pun signboard nama kedai.....mmg nampak buruk je kedai dia tp makanan mmg sedap.....mahal pun mahal kalau tgk mmg mcm tak sesuai dgn kedai...nasi goreng pun RM20.....makanan westerm paling murah RM30.....

Yang lecehnya kat sini satu je...dia takde menu so sapa2 nak order kena la tanya apa yg sedap...sapa dah biasa ok la leh igt nama makanan...yang ada cuma yg tertulis kt white board tu je...white ke ok la green board...huby yg dah pergi 2-3 kali pun still tak igt apa yg dia mkn sebelum ni....

Air kami amik jumbo size...so 2 dah cukup....huby order air rebina laici......sebelum ni biasa aku minum sirap laici....rupanya rebina laici lagi sedap...

Ini aku punya....aku cuma bgth nak ayam so budak tu suggest amik chicken kiev....lps ni boleh la igt nama dia...aku tgk org mkn spagetti pun nampak menyelerakan...mesti sedappp....

Huby pula nak cuba beef....ni nama dia BBQ Beef Rib....aku tak suka sgt sbb daging dia rasa manis....tp mashed potato mmg sedap....sgt2 sedap...

Sapa2 nak cuba boleh la pegi...belakang satu kolej apa ntah nama dia aku lupa...tp area kelana jaya.....kalau dari puchong sebelah kiri selepas giant...

Tq ye abang belanja mkn sempena birthday org...hadiah bila lak akan dapat hehehe...

Sunday, July 18, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Copy dari FB kak Ed....

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasibbaik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk
menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Sejuknyaaa Bilik Ais...

Hari ahad ni aku asyik kuar n3 pasal mkn je...ye la boring tak kuar g mana huby tak blk2 dari tresure hunt....apa yang dia cari ntah la...kalau jumpa harta karun best gak...sambil2 tunggu dia msj bgth dah sampai sbb nak kuar baik aku update n3...lagi pun internet tgk laju ni hehe....

Smlm balik dari Nur Bukit Unggul kami semua serbu Bilik Ais ataupun nama betul dia Ice Room....aku pernah bt n3 pasal Ice Room ni dulu...tp dulu tempat dia cuma ada kt Nilai...skrg dh byk cawangan...yang aku tahu kat cheras dan yg paling baru ni of cos la kt area umah aku BBB.....best gila lps ni senang la nak g mkn aiskrim....

Kali ni aku amik fresh strawberry aiskrim...baru la best banding dulu aiskrim hitam bijan tu hehehe...danish still nak yg hitam gak...slmt aku dpt mempengaruhi dia hehe....

Sapa2 duduk bangi leh la pegi serbu....Kedai ni baru buka sederet dgn kedai yati ayam percik & papa rich...aku paling suka warna kedai ni sama dgn warna umah aku hijau...so mmg cool je rasa duduk dlm kedai ni....

Assam Pedas Melaka...

Nama je assam pedas melaka tp kedainya dekat kpg.baru je....jumaat ari tu huby cuti aku pun tak tahu....sekali blk keje dia lapar so ajak mkn assam pedas.....aku mmg tak pernah mkn assam pedas ni tau...maklum la aku org perak bukan melaka...hehe boleh ke bg alasan mcm tu....sedangkan makanan itali semua ko mkn kan hehe...sebenarnya dulu tak suka....tp baru2 ni tgk tv org mkn rasa teringin...elok lak huby ajak on je la....

Kedai dia ni tepi jalan besar...kecik je kedainya....ada byk lg kedai2 lain area situ ala2 mcm medan selera la....aku nak snap pic kedai segan kang kuar flash org tgk semcm lak....tp parking mmg limited maklum la tepi jln besarkan....so parking je la tepi2 jln....

Mula2 kena pilih ikan apa dulu yg nak di masak...aku suh huby yg pilih sbb dia tahu apa yg best tuk msk assam pedas...dia kan dh biasa g....kami cuma amik ikan merah & ikan pari je...igtkan sikit bila siap rupanya jadi byk sbb diorg potong....nak mkn 2 org je ni....

Kat situ konsep dia lain sikit air kena order tmpt lain...mcm2 ada sebenarnya nak mkn western pun boleh.....

Yummy nampak menarikkan...kuah dia pekat je...tu cuma ikan pari lagi satu ikan merah dia masak asing so ada 2 la bekas tembikar ni...klu korang amik 3-4 jenis ikan so 3-4 bekas la diorg letak....

Yang paling aku tertarik diorg hidang ala2 kampung gitu... teringat masa kecik2 dulu makan dlm pinggan mcm tu....yg additional tu aku tak minta pun...agaknya mmg pakej kot diorg hidangkan sekali...berselera betul mkn...daripada kenyang masa kat umah yg konon2nya aku nak ratah ikan je.... ko tgkkkkk apa yg terjadi ....

Licinnnnnn ko...mmg masakan dia menarik da bom la...dari aku tak suka skrg asyik terbayang2 je assam pedas dia....ada makcik tu masa nak byr siap puji2 tukang masak tu ckp "pandai awak masa sedap sgt"...maybe makcik tu pengemar assam pedas so dia tahu la sedap ke takkan...aku sbb 1st time so aku tak tahu nak bezakan....tp aku rasa mmg sedap meletuppp...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...