Nuffnang

Friday, July 16, 2010

Sekadar Nasihat Untuk Kaum Hawa...

Dapat dari email...jom kita hayati...maklum la jumaat kena sopan santun hehe...mari beramal....

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang
anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan
mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk
menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu
pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh
melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui,
dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah
melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda
memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah
diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi
untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan
pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana
di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana
cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang
murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan
perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh
sepanjang waktu.

1 comment:

mummysyafie said...

semua yang indah2 je kan...selamat beramal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...