Nuffnang

Wednesday, September 3, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Kebiasaan bulan posa aku akan sampai awal pagi kat ofis sebab utamanya nak kejar masa balik awal...so pagi ni sebab mood keje belum ada aku update la blog ni kejap sebelum memulakan tugas2 penting...hari ni masuk hari ke-3 umat islam berpuasa termasuk lah aku...tiap kali bulan posa aku mesti sedih dan sayu maklumlah semua insan2 tersayang aku dah takde nak meraikan bersama mcm aku kecik2 dulu....kalau banding posa masa sekarang dgn dulu aku akan pilih dulu2 , sebab skrg rasa takde bermakna sgt...maybe kalau masih ada orang tua aku takkan rasa cam ni kot...walaupun dah ada suami tercinta dan anak tersayang tapi masih ada kekurangan bila mak dan ayah sendiri takde disamping kita...aku rasa sapa2 yang dah merasai pengalaman ini mesti tahu mcm mana perasaan aku...tapi hidup mesti diteruskan...mcm kebiasaan setiap kali raya mesti aku akan balik taiping beraya bersama keluarga mertua.....selamat aku kawen dgn orang sedaerah, so walaupun raya umah mertua aku still boleh lagi balik kpg sendiri.....tapi kemeriahannya dah tak terasa sgt berbanding dulu....aku balik pun ala2 tetamu je hanya datang menziarah adik-beradik dan opah tersayang.....hanya insan2 ni yang aku ada lagi di kampung....huhuhu aku tiba2 teringat dekat opah lak sebab rasa dah lama sgt tak jumpa...rinduuuunya rasa nak balik skrg gak nak peluk dan cium opah sepuas-puasnya.....lepas mak dan abah aku takde hanya opah aku je tempat aku menumpang kasih bila balik kpg....lepas opah takde aku rasa dah takde apa2 lagi kot dgn adik beradik pun dah kurang rapat lagipun diorg pun ada family masing2...huhuhu pagi2 aku dah emo semcm lak...ok la aku nak bt keje balik kang orang ckp aku tak buat keje lak....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...