Nuffnang

Monday, January 31, 2011

Aktiviti Mengempiskan Purse...

Weekend ni keje kami anak beranak asyik menziarah soping mall je...sabtu g sogo sbb ayah danish dah bg duit utk dia enjoy beli mainan....bising je danish ckp ayah bg duit danish leh beli mainan yg danish nak....mahal pun takpe...sabo je la aku...

Tapi sblm tu g jln TAR dulu memborong tudung....1st time berjaya pegi kedai Fazli Ferina ...sblm ni kalau g asyik tutup je....tak plan pun nak beli byk...igtkan nak cari selai je...tp kalau dah pegi tu cfrm la rambang mata.....
Antara tudung yg dibeli....sblm ni beli online mahal so better g trs ke kedai dpt murah....sapa2 nak pegi leh la cari kt sana trs...sebelah muaz tekstil....senang je nak cari.....design tudung dia best lain dari yg lain...skrg pun jenama Fazli Ferina dah glamour....semua kedai online dah sebuk jual tudung ni....

Habis kisah jln TAR masuk sogo blk....selagi tak tunaikan hajat si danish ni selagi tu tak tenteram....sogo still ada sale sempena CNY....tp apa yg aku nak takde yg menarik perhatian sgt....so beli brg danish yg byk....aku cuma dpt purse je....purse lama pun dah buruk dah tiba masa utk ganti yg lain....

Ahad keluar g Jusco Equine pula...mcm biasa kalau dah keluar cfrm la abis duit kan...sempat le rembat t-shirt kat ladylike 2 helai....Lain2 beli brg danish juga....

Sakit gila kaki 2 hari berjalan berturut2....mcm mana nak g holiday nanti baru jln skt dah sakit kaki....kena ringankan badan sblm bln 3 ni...kalau tak cfrm jln sikit dah sakit kaki ku ini.....

Masih Terpahat Dalam Ingatan....

Hari ni 31/1/11 genap 17 tahun arwah abah & 7 thn arwah mak meninggalkan aku sekeluarga.....

masih terbayang detik2 indah bersama mereka....takkan terhapus dari ingatan aku buat selama2nya...terutama arwah mak yg terlalu rapat dgn aku....hanya maut yg memisahkan kami berdua....

Alfatihah buat mak & abah...memoga di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan aman bersamaNya....

Al-fatihah...

Sunday, January 30, 2011

Kajang-Shah Alam-Kajang-Shah Alam...

Salam Weekend kawan2....korang mesti byk bt aktiviti yg best2kan....aku wpun kuar still rasa boring hehehe...

Ok cite pasal jumaat mlm ari tu bkn cite pasal mlm jumaat ye....lain sgt bezanya kekeke...jumaat mlm ari tu aku rasa penat sgt...meredah jem yg melampau....mlm2 pun still jem teruk lagi...igtkan kuar mlm kurang la skt jem nya....aku lak lalu ikut federal cfrm la lenguh kaki...tambah bawa kete comel aku tu manual....kalau bw kete huby relak skt auto...

Dari kajang ke shah alam pun rasa nak menangis sampai...tp demi huby aku redahkan juga....ye la dah seminggu lbh x jumpa....tambah danish asyik tanya bila ayah nak blk...tp bukan la huby blk trs...kebetulan dah msk KL so dari duduk hotel better blk umahkan...jumpa kejap pun jadi la....

Pickup huby kt Concorde Hotel.....lps tu semua kebuluran so singgah mcd sblm blk...danish mcm biasa la jumpa ayah mula bt perangai mgada2 dia...pening aku tgk...

Sok subuh2 hari kena htr huby ke shah alam blk....wpun penat tp ok je dpt jumpa huby wpun kejap sgt...smpt la huby htr baju kotor & bg danish coklat kekeke...

Friday, January 28, 2011

RM2000.00 ?...

Ada ke org sanggup nak beli air tin yg rege RM2 ni dgn harga RM2000......mcm tak logik pulak...kecuali dia mmg minat berani mata Siti...

Selingan sikit pic SS siti....Siti pun pandai tau snap pic syok sendiri ni...tp cute i like...yg tak minat siti jgn muntah ye tgk....aku minat suka ati la nak letak kekeke...


Tetap cun dan comel wpun dah kawen...aku suka tgk muka dia sbb bila tgk rasa sejuk mata memandang.....

Cite pagi jumaat yg ntah apa2.....aku takde mood la nak buat keje...kepala pikir nak g Mines je hehehe..apsal la lmb sgt jam ni gerak kul 1....

Thursday, January 27, 2011

Hazabnya Aku Tengok....Serabainya...

Hari ni bukan gosip pasal artis....tapi cite pasal seorg budak gemuk...

Kekeke cian btl aku tgk danish skrg ni....sejak duduk transit ni hazab aku tgk pakaian dia....masa duduk dgn ayah nampak la kemas skt....rasa lambat lak huby nak blk bila tgk keadaan danish mcm ni.....ayah dia pun dah susah hati bila aku mengadu hehehe...

Ini lakonan semata2....bukan tido ni saje je tahu aku nak snap pic dia tutup mata.... tgk la tu baju tak masuk btl2 dlm seluar...kotor jgn ckp la....jenuh aku nak memberus tiap2 mlm....sampai terduduk la dlm bilik air tak larat nak mencangkung....

Ini la punca baju semua kotor...belasah je duduk kt mana pun...

3 minggu ni sekolah dah 3 pencilbox hilang...tensionnya aku...mmg kena la kalau dapat ibu jenis singa mcm aku ni....mkn pun beli benda yg bukan2...bila blk ptg mula la mcm org kebulur....penat gak nak melayan anak tunggal sorang ni....jenuh pesan tp sekejap je ingat lps tu buat blk.......

Wednesday, January 26, 2011

Personaliti : Tanah, Air, Api, Angin....

Seronok pula bila dapat info mcm ni....yg pasti aku api.... sesuai sgt dgn huby yg air....nampak sgt dah tu kekeke sbb aku mmg suka cari pasal...

Cer korang tgk korang tergolong dlm golongan apa...adakah tanah, air, api atau angin....

Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Tuesday, January 25, 2011

Lagi Pic Cun Ayu & Zaquan...

Kredit to Beautifulnara & PhotographyPlanet

Semua pic ni cilok dari Beautifulnara ....nak tahu berita lbh lanjut boleh terjah sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...