Nuffnang

Tuesday, March 23, 2010

Yanie Mentor Meninggal Dunia...


Al Fatihah buat Allahyarham Siti Surianie Julkarim atau Yanie Mentor, 24 yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4 petang semalam di Hospital Keningau, Sabah.

Allahyarham yang dikenali menerusi Program Mentor dikatakan telah menderita ketumbuhan di paru-paru sejak empat bulan lalu. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sembulan, Kota Kinabalu pada hari ini.

Allahyarham dikenali menerusi lagu duet bersama Didie, Saling Terpesona dan adalah anak didik Ning Baizura menerusi program Mentor lima tahun lalu. Allahyarham telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.

Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan diredhai Allah. Al-Fatihah.

Kesian Yanie ni muda lagi...tp mcm mengejut je dia sakit tu...maybe dah lama kot org je tak tahu...rasanya mcm dia pernah pregnen dulu tp takde lak cite pasal anak dia kan....

2 comments:

Shida said...

Al-fatihah...
muda lagi kan yanie tu...huhuhu...

Alida Ali said...

Hehe kecian lak tgk muka dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...