Nuffnang

Wednesday, November 12, 2008

Catatan KehidupanKu – Part 1

Aku dilahirkan dalan keluarga yang sederhana..aku adalah anak bongsu dari 7 adik beradik dan ditakdirkan hanya aku seorang anak perempuan yang mak & abah aku ada…aku boleh dikata terlalu dimanja oleh keluarga lah apa yang aku nak pasti akan dimakbulkan…so aku jarang rasa hidup susah ni…tp pada tanggal 31/1/1994, abah tiba2 sambil kami berbual2 dia terjatuh dari buaian dan tak sedarkan diri…bila kami bawa kehospital doc mengesahkan yang abah aku telah meninggal masa dalam perjalanan lagi…aku masa tu baru darjah 6 so tak byk kisah2 silam dgn abah aku yang ada dalam ingatan aku…masa abah aku meninggal aku takde terasa terlalu sedih sgt maybe sbb ada mak yang memberi kekuatan kepada aku dan adik beradik yang lain…

Selepas ketiadaan arwah abah, mak la yang menjaga kami semua, tak ada belah bahagi kasih sayang yang diberikan…masa tu yang masih sekolah tinggal 3 orang je lagi…abang2 aku yang 4 orang dah berkawen dan berkerja….nasib arwah abah aku pergi ada tinggalkan sedikit harta untuk kami teruskan hidup…tapi mak aku boring duduk rumah bila abg & kakak ipar aku buat hal ambil balik anak diaorg yang dijaga oleh mak & arwah abah aku dari kecik…walaupun mak aku redha tapi hanya aku saje yang tahu betapa sedihnya mak aku bila berpisah dgn cucu kesayangan dia yang dah dianggap seperti anak sendiri….anak saudara aku tu skrg pun dah besar dah abis form 5… dia still takleh terima kenyataan dia dipisahkan dari opah sampai skrg….

Aku sejak dari tu tak pernah berpisah dari mak aku kemana saje pasti mak aku akan ada….mak aku seorang yang sgt sporting, lemah lembut, baik hati dan segala2nya….sehinggakan aku belajar pun still area2 perak gak sbb taknak berpisah….. lepas aku convo bln 10/2003 aku diajak oleh kakak ipar utk tolong dia dekat kedai buka sekolah…masa tu budak sekolah sebuk nak beli buku so kakak ipar aku memerlukan pembantu…aku & mak datang KL sbb kebetulan aku mmg belum ada kerja lg masa tu….masa duduk KL la mak aku mula sakit pinggang…kami igtkan sakit pinggang biasa tp makin lama makin teruk sampaikan tak leh bgn….bila balik kpg blk mak aku makin teruk sampai takleh jalan….masa tu selamat aku belum kerja so aku la yang jaga mak siang mlm….

Aku betul2 terharu dgn mgorbanan mak terhadap aku…ye la walaupun sedang sakit tapi masih boleh uruskan hal perkahwinan aku…oppss lupa nak bgth aku akan berkahwin pada bln 6/2004…walaupun mak aku tak leh jalan tp dia akan panggil org dtg rumah tuk buatkan langsir & cadar seperti yang diingini…segala perbelanjaan semua mak aku yang support( seronokkan kawen free ni )maklum la aku kan tak kerja lagi ( tu pun dah gatal nak kawen kan..aku bertunang masa aku 1st year kat kolej lagi)….

Tapi segala-galanya berubah pada mlm raya haji (31/1/2004 tarikh ni juga sebenarnya genap 10 tahun arwah abah aku tinggalkan kami)ketika semua orang tgh sedap tido termasuk aku yang tido sebelah mak…aku dgr kakak ipar aku tanya mak “Knapa mak berpeluh2 dan tak tido” mak aku tak jawab apa cuma senyum je..apa lagi kakak ipar aku mjerit la panggil semua orang…masa aku terjaga mmg aku tgk mak aku berpeluh2 sampai habis baju basah dan terasa sejuk…kitaorg semua kelam kabut bawa mak g hospital… dlm kete masa tu yang ada aku, kakak ipar & abg je…yang lain nak kete lain…tgh kakak ipar aku suh mak aku mgucap aku nampak tgn mak aku yg selama tu pegang pemegang kete terkulai…aku apa lg mjerit tak hingat sampaikan abg aku nak bawa kete pun tak tentu arah dgn nagisnya lagi….kakak ipar aku nak tenangkan aku dia ckp mak cuma pengsan je….

Sampai hospital diorg bawa dlm emergency room…aku dgn abg2 semua tunggu luar…tiba2 aku dgr salah sorang abg aku cal abg yang lain bgth mak aku dah takde …masa tu hanya tuhan saje yang tahu betapa hancur & gelapnya hidup aku…sampaikan boleh rebah dekat situ selamat abg aku sempat sambut dan diorg bawa aku balik umah…..sampai umah aku dah mcm org gila dah…aku asyik pikir cm mana aku nak hidup tanpa mak disisi..yang aku igt aku cuma sempat call tunang aku je masa tu bgth tu pun sambil nangis teresak2….esoknya orang lain seronok beraya tapi rumah aku yang ada cuma lah orang ramai yang datang melawat jenazah ….selepas semua urusan selesai aku cuma berkurung dlm bilik tanpa boleh berpikir apa2 pun…yang aku tahu cam mana aku nak hidup seorng diri….adik-beradik aku yang lain pun semua risau tgk keadaan aku yang cam tak betul masa tu…akhirnya abg2 aku bg dua pilihan sama aku duduk tinggal dgn dorang atau percepatkan perkawinan aku…..

Akhirnya aku buat keputusan taknak tinggal dgn sesiapa pun so abg aku suh aku kawen cpt dari tarikh yang sepatutnya…bayangkan mlm org buat tahlil abg aku dah suarakan semua tu kat bakal suami dan mak mertua aku…gila la diorg masa tu belum sediakan apapun…tp family in law aku faham so diorg pun setuju tetap tarik sebulan lepas tu kami akan dinikahkan….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...