Nuffnang

Tuesday, April 3, 2012

Koleksi Novel Siti Rosmizah..

Salam semua....

Sejak aku baca novel2 ni balik sorang penulis ni aku suka sgt cari penulisan dia....first yang aku baca novel dia berjudul Andai Itu Takdirnya...baca pun mula2 kat blog org je....aku pernah review novel ni kt Sini....Novel ni mmg sedih sgt2...sedu sedan la juga aku nangis time baca....ntah la cara penulisan dia mmg menusuk ke hati...semua org review bgth benda yang sama....mmg syabas kepada Siti Rosmizah kerana berjaya menawan hati pembaca....


Kemudian aku cari lagi novel yg dia tulis....budak ofis ckp semua best2...so bila g kedai buku jumpa dulu novel Lafazkan Kalimah Cintamu...sedih juga...dulu aku tak suka citer sedih2 ni....tp sbb jln citer dia best so aku layan....

SINOPSIS :

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Akhir sekali yang terbaru aku baca Cinta Kau dan Aku...yang ni kelakar sikit...suka sgt sbb nama diorg seakan2 sama...Farish & Farisya....si tomboi yang jadi driver bos dia farish akhirnya diorg berkawin....Farish amik farisya sebagai driver pun sbb dia mmg dah jatuh cinta pandang pertama masa mula2 jumpa....wpun farisya tomboi tp masih nampak kecomelan dia....mmg cute....baca boleh senyum sorang2 hehehehe...

SINOPSIS :

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


So skrg tiga2 ni jadi koleksi kesayangan aku hehehe...bg aku best2 je semua novel yg ditulis oleh Siti Rosmizah ni...lain2 ada juga aku beli novel yang sama penulis dia....tp ada yg ok ada yg ko....tu pendapat aku je..mayb org lain x sama mcm yg aku pikirkan....

Ada satu lagi novel Siti Rosmizah yang aku belum baca...wpun novel tu dh lama aku tak beli2 lagi... aku mls nak beli sbb novel tu tebal gila...aku bab2 tebal ni lemah skt...takut citer dia meleret...tp sbb nak cukupkan koleksi maybe 1 hari nanti aku beli juga....
Ini la dia novel tu...7 Hari Mencintaimu...ramai bgth aku citer ni pun best...tp blm tergamak lagi nak baca sbb kalau baca mau mkn masa sebulan kot baru abis....tunggu bila aku rasa hati makin kuat aku akan beli....atau beli dulu baca nanti2....sayang pulak bila semua dh ada tinggal 1 ni je blm ada lagi....akan diusahakan....

Sapa2 peminat novel mmg disyorkan beli karya penulisan Siti Rosmizah ni...aku pomot takde komisen pun...saja suka...sharing is caring kannnnnn....


2 comments:

Azian Elias said...

dulu rajin akak baca novel. laaa niii.. berrkurun baru habis baca..hee.

crvmin said...

cinta kau & aku...mmg best...sempoi jee baca...!!!7hari mencintaiku....macam best...nak kena cari gak niii.....apa apa pon selamat membaca!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...