Nuffnang

Friday, March 30, 2012

Novel : Sayang 3 Dalam 1



SINOPSIS - SAYANG 3 DALAM 1 ( Weeda Airiza)


Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?


Novel ni bagi aku simple dan tak memeningkan kepala bila baca...paling aku suka kisah pasal seorang adik perempuan yang dijaga oleh 3 org abg....rasa mcm baca kisah hidup sendiri pulak...aku pun sama anak bongsu perempuan yang diawasi oleh 6 org abang...6 org kau..mmg tak merasa nak kuar dating langsung.....nak kemana2 rasa ada mata2 yang memerhati.....semuanya very protective.....

Tp dalam citer ni wpun abang2 Aryana protective tp sporting bab cinta...maybe juga faktor umur yg dah 27thn mmg kategori wajib kawen...lagipun diminti oleh 3 org sekaligus...kiranya bkn cinta 3 segi tp 4 segi...mmg pening nak memilih...

Mcm aku dulu muda sgt nak cinta cintun pun mmg tak lepas la senang2 nak kuar dgn laki....tp terlepas gak kawen awal opppssss....tu pun dating arwah mak cover line hehehehe...

Ok la sapa2 nak beli rasanya novel ni baru lagi di pasaran...terbitan Alaf21....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...