Nuffnang

Sunday, June 12, 2011

KL Gangster...


Smlm kami dah pegi tgk KL Gangster...mmg best gila la...bagi aku la best...maybe org lain komen tak best...aku best sbb ada Aaron Aziz...mula2 tgk iklan mcm mls nak pegi bawa danish sbb tgk nampak ganas sungguh...tp tgk review org ckp ada gak lawak2 ok la...mmg zizan lawak gila sesuai la dgn watak dia Abg Long Dil I like......

Bg pengajaran dlm cite ni...kisah persahabatan, kekeluargaan dll lagi....sapa blm tgk blh la g terjah skrg....

Bawah ni ada sinopsis cite KL Gangster aku copy dari SINI


Sinopsis:

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".

2 comments:

Lia said...

baca sinopsis mcm best ni. tapi Lia kena tunggu dvd ajalah sbb anak lia ni klu ajak tgk wayang mmg akan huru harakan panggung.. hehhee.. kena tunggu dia besar sikit le br blh..

Alida Ali said...

Takpe Lia nanti astro first mesti keluar punya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...