Nuffnang

Tuesday, October 26, 2010

P. Ramlee- Lagenda Sepanjang Zaman...

Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Kacak betul P.Ramlee dalam pic ni...boleh buat semua org cair la....

Siapa tak kenal P.Ramlee bgth aku...aku rasa semua org kenal tak kira kecik besar tua muda semua kenal...walaupun hanya kenal melalui lakonan & nyanyian...ramai yg masih mengidolakan beliau.....


Bulan Oct adalah bulan memperingati allahyarham Tan Sri P.Ramlee....boleh buka astro tgk byk cerita beliau ditayangkan...sampaikan channel 611 pun ada tau....wpun beribu2 kali di ulangkan still kita tak boring nak tgk....

Aku pula tiap kali dgr lagu2 P.Ramlee mesti rasa mcm real sgt...mcm dinanyikan secara live gitu...suka sgt....sampai boleh nangis la ...tambah2 lagi lagu ni...

Di mana kan ku cari ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Mmg tak ada orang yang boleh mengantikan P.Ramlee...Sebab itu la beliau adalah lagenda sepanjang zaman....

3 comments:

mahira oya said...

lagu ni bole jadi sedey bile jiwa tu kene..

mummysyafie said...

lagenda sepanjang zaman...sukar dicari ganti.

Alida Ali said...

Yu betul tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...